Jumaat, 19 Januari 2018

Cameron Highland

.



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...


Salam sayang dari bunda untuk kalian yang mengenali bunda. Bersua lagi dialam maya dengan cerita baru bunda.

Bunda saje nak share, pada 11hb dan 12hb Jan 2018 yang lepas.  Anak bunda Dr. Nazrin suami isteri bawa bunda dan bapak bunda pergi bercuti di Cameron Highland.


Kami bermalam di Nova Hotel.




Sempatlah kami round melawat kawasan dibeberapa lokasi yang cantik-cantik yang biasa dilawati  pelancung. Sempat juga kami membeli belah sedikit sebanyak sayuran, buah strawberry, teh dan cenderamata.





Time tu musim hujan. Sepanjang malam kami kesejukkan. Bapak bunda lah yang sangat terasa kesejukkan cuaca disana. Berapa kali lah bapak terbangun, tak boleh tidur katanya., kesejukkan..

Ada 3  4 kali bapak bangun ambil teh o panas.







Tengahari 12hb tu kami check out. Waktu masih awal, kami terus ronda-ronda ke Taman Lavender ..bergambar dan dalam pukul 2 petang baru turun ...

Seronok, sekali-sekali dapat makan angin di tanah tinggi.



***Bunda seumur hidup, itulah pertama kali menjejak kaki ke Cameron Highland.




Rabu, 3 Januari 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...


Tahun baru 2018 telah menjelma. Usia pun makin bertambah.

Banyak kenangan pahit dan manis bunda lalui sepanjang tahun 2017 yang lalu.

Harap-harap nya pada tahun 2018 ini banyak lagi kenangan manis-manis jer hendaknya.


Pada tahun 2017 lalu bunda dapat menantu perempuan pertama dan juga cucu sulung dari anak perempuan bungsu bunda.

Mungkin pada tahun 2018 ni bertambah sorang lagi cucu bunda.

Bercakap pasal cucu bunda, ingat tak dengan Aadam Nuh?.




Pada 2hb Jan 2018 semalam, genap lah usia Aadam Nuh satu tahun.

Aadam Nuh dah pandai berjalan sejak berumur 10 bulan lagi.  Aadam Nuh seorang anak yang cerdas dan aktif...macam Abang Zarif nyer jugak.

Sekarang ni Aadam Nuh sebuk nak belajar bercakap. Kadang tu ntah apa-apalah yang dia cakapkan.

Tak faham, ha ha ha..




Ingat tak lagi dengan Muhamad Zarif Omar?  Anak asuhan bunda sejak dari dia baby lagi.
Tahun 2018 ni Zarif dah nak masuk ke tahun dua dah.

Dah besar dah Zarif... dah ada handfon sendiri dah. Katanya nenek sebelah mommy dia yang bagi..

Sibuklah call Mak Noranya bagitau dia dah ada handfon sendiri.

Bunda cakap boleh ada handfon sendiri, tapi jangan sampai lalai tak baca buku n tak buat kerja sekolah pulak nanti.

Zarif cakap   "mana ada lalai, . mommy cakap kalu nak main handfon pastikan kerja sekolah siap...kalau tak, nanti nenek mintak balik"

ha ha .. tau takper..



***sampai disini dulu yer... selamat tahun baru..In Shaa Allah bunda update lagi.

Khamis, 26 Oktober 2017

Kek Kantoi



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Apa kabar semua yang mengenali Bunda. Dah masuk ke bulan Safar dah pun baru sempat nak update. Apa lah punya malas Bunda ni yer...


Takderlah apa sangat yang nak diupdatekan. Cuma nak cerita yang menantu Bunda, Abang Amernyer harijadi 11 Oktober lepas. Kak Ngah nak buat surprise kat rumah Bunda 15 Oktober.

Sembang punya sembang dalam wasap pasal rancangan nak beli kek besday Amer...
Pastu, senyap-senyap simpan kat rumah Bunda,nanti ahad tu dorang datang baru surprisekan Amer...

Tetiba belom apa-apa Kak Ngah wasap bagitau bunda, "mak  dah "kantoi' dah mak.. Amer dah terbaca wasap akak kat mak pasal kek tu"...ha ha ha..

Amer cakap apa?... "takperlah..nanti ahad nanti...mak keluar kek, i nak buat-buat 'terkezuuut'..

ooo . okay...nak buat-buat terkezuuut yer..


Tapi sebaliknya yang berlaku...Bila dorang datang ahad tu, bunda cakap
"dah alang-alang Amer dah kantoi kek besday dia...jom lah kita keluar dulu, nanti balik baru potong kek."

Memang pakatan awalnya..lepas surprise kan Amer ..pastu barulah nak keluar shopping
dan makan-makan.



Tapi kami dah tukar "surprise" lain untuk Amer..

Kami sorok-sorok letak elok-elok  'kek kantoi' tu dalam kereta dorang. Semasa Amer nak start kereta ..buka jer pintu kereta tetiba ternampak 'kek kantoi' besday dia.

Kami yang lain pun terus nyanyi lagu "besday to you"..lepas tu Kak Ngah tolong sama-sama potongkan 'kek kantoi' besday Amer dalam kereta tu jugak,

Haa! ko.. Ada ke pernah orang buat sambut besday..potong kek besday dalam kereta?
Rasanya Amer jer kan...

ha ha ha.. siapa yang terkena sekarang.. terkezuut ke tak terkezuut Amer?..



Lepas potong dan makan 'kek kantoi' Amer,  baru lah kami keluar...shopping..
makan-makan Kak Ngah belanja.

Zarif pun ikut tau...dia yang sebenarnya terlebih xcited nak sambut besday surprise
abang Amernya.





***sebenarnya tiap tahun ada jer yang terkena besday surprise...